Selamat Datang ke

Rumah Bakti Nursyaheera

Johari Hj Basri

Pengerusi

Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera
Kuala Lumpur

Sekapur Sireh

Kita selalu mendengar tentang anak yatim, yatim piatu serta anak-anak miskin tetapi kita tidak dapat memahami secara terus atau mengkaji akan maksud tersirat dari perkataan-perkataan itu. Anak yatim didefinasikan sebagai anak yang kematian ibu atau bapanya yang berumur 1 hari sehingga 16 tahun sahaja. Ini bermaksud yang kematian salah seorang daripada ibu atau bapanya. Dan yatim piatu pula, adalah anak yang kematian kedua-dua ibubapanya. Ini bermaksud yang yatim piatu tiada tempat bergantung melainkan ada waris atau saudara terdekat yang membantu dan menjaga mereka. Ini kerana di negara kita, Malaysia, tahap umur ini telah ditetapkan oleh bidang syarie. Tahap umur ini penting kerana ianya melibatkan pelbagai perkara yang berbangkit dengan taraf anak yatim ini. Di antara perkara yang terbabit ialah di mana harta anak yatim ini tidak wajib dikeluarkan zakat mengikut hukum. Selepas umur 16 tahun ini, anak-anak ini tidak disebut anak yatim lagi, ketogori mereka ini mungkin diklasifikasikan sebagai anak miskin (sekiranya ia tergolong dari kategori miskin).

Seulas Pinang

Ramai orang bertanya kepada saya bagaimana saya dapat menghimpun anak-anak yatim di rumah anak yatim saya. Dan ada juga yang bertanya bagaimana saya boleh menceburkan diri di dalam bidang ini. Ada juga yang bertanya bagaimana kehidupan anak-anak ini, dari mana sumber kewangan yang diperolehi, sampai bila anak-anak yatim miskin itu diberi perlindungan, aktiviti yang dijalankan dan pelbagai soalan yang diajukan kepada saya. Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam mentadbir rumah-rumah anak yatim dibawah kelolaan saya. Mungkin pengalaman saya ini dapat memberi sedikit panduan kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk membuka rumah anak yatim.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai RBNS, hantarkan mesej kepada kami. Pihak kami akan menghubungi anda semula.

10 + 3 =