Latar Belakang

Sejarah Penubuhan

Rumah Bakti Nur Syaheera  ini diilhamkan oleh jawatankuasa  bagi mewujudkan sebuah rumah yang lebih sempurna bagi menempatkan yatim dan miskin. Memandangkan di kawasan ini terdapat ramai anak-anak yatim dan miskin, maka satu Jawatankuasa dibentuk bagi menjayakan hasrat ini.

Setelah mendapat kata sepakat, maka pada 7hb Mei  2009, Jawatankuasa bersetuju menamakan pertubuhan ini dengan nama Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera  Kuala Lumpur dan menamakan rumah anak yatim dan miskin ini dengan nama Rumah Bakti Nur Syaheera.

Pertubuhan ini telah mendapat pengiktirafan pada dari Pendaftar pertubuhan pada 1hb Julai 2009 dengan No. Pendaftaran 1379-09-WKL. Setelah itu, sebuah rumah telah disewa beli bagi menempatkan semua anak-anak ini. Sehingga hari ini, seramai 24 orang anak-anak yatim dan miskin lelaki dan perempuan telah ditempatkan di rumah ini. Bilangan ini akan ditambahkan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan.

Objektif

  • Memberi keperluan asas kepada anak anak seperti makan, minum, tempat tinggal, peralatan sekolah dan lain-lain mengikut kemampuan pertubuhan.
  • Memberi pelajaran akademik dan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak di bawah jagaan pertubuhan.
  • Mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna di masa hadapan dan membantu memajukan diri.
  • Melatih dan mendidik anak-anak berdikari sendiri
Download mp3